• Pembunuhan Imam Palestin di Malaysia sudah lama dirancang?

    Reporter: Admin
    Published: Saturday, 21 April 2018
    A- A+

    KUALA LUMPUR 21 April - Kes pembunuhan imam Palestin di Malaysia, Dr Fadi al-Batsh, awal pagi seperti sudah lama dirancang, dakwa Persatuan Ulama Malaysia (PUM).

    Yang Dipertua (PUM) Datuk Al-Syeikh Abdul Halim Abdul Kadir berkata, pembunuhan Dr. Fadi sama dengan pembunuhan tokoh ulama Palestin, Syeikh Ahmad Yassin iaitu ketika keluar untuk menunaikan solat Subuh.

    "PUM menggesa pihak keselamatan melakukan siasatan terperinci dan mengesan segera mereka yang terlibat sebagai pembunuh dan perancang kepada pembunuhan ini untuk dibawa ke muka pengadilan.

    "PUM bimbang kegagalan pihak keselamatan menjejaki penjenayah, boleh menjejaskan imej Malaysia sebagai negara yang dihormati selama ini," kata Al-Syeikh Abdul Halim dalam satu kenyataan akhbar.

    Al-Syeikh Abdul Halim berkata, Dr. Fadi dikenali ramai sebagai seorang yang baik dan biasa menjadi imam termasuk sewaktu solat terawih di bulan Ramadan.

    Allahyarham juga antara yang bergiat aktif mendapatkan dana kemanusiaan untuk rakyat Palestin khususnya di Gaza.-UTUSAN ONLINE

    Subjects:

  • No Comment to " Pembunuhan Imam Palestin di Malaysia sudah lama dirancang? "