• Pembunuh Kanibal Bunuh Diri Di Penjara

    Reporter: uMieySurianie
    Published: Tuesday, 24 April 2018
    A- A+

    PEMBUNUH kanibal, yang membunuh seorang lelaki dengan kejam dan cuba memasak serta makan daging mangsa, telah menggantung diri di dalam penjara selepas menghabiskan kira-kira tiba bulan daripada hukuman penjara 24 tahun yang dikenakan ke atasnya.

    Stefano Brizzi, 50, telah membunuh Gordon Semple, 59, pada 2016. Dia yang berasal dari Itali telah membunuh diri tahun lepas. Perkara itu didedahkan dalam inkues yang diadakan bagi menyiasat kematiannya di mahkamah.

    Mahkamah dimaklumkan bahawa Brizzi merupakan penagih dadah sejak berusia 40 tahun dan menjadi ketagih pada 2013. Dia akan menjalinkan seks dengan lelaki yang didapati positif HIV.

    Menurut pegawai penjara, Brizzi telah ditempatkan di penjara Belmarsh di London. Ia merupakan penjara yang mempunyai tahap kawalan keselamatan yang maksimum serta ditempatkan dalam pemantauan `bunuh diri’.

    Turut ditemui dalam bilik penjaranya ialah surat kepada kawan baik dan keluarganya serta surat wasiat yang ditulis tangan dengan dokumen itu ditandakan sebagai `jika aku mati’.

    Dia dipenjarakan selepas membunuh PC Gordon, yang juga seorang anggota polis. Dia cuba memusnahkan sebahagian mayat dengan mencurahkan asid manakala sebahagian lagi digunakan untuk dimasak agar dia boleh makan.

    DNA PC Gordon ditemui pada chopstick, periuk dan ketuhar. Mereka bertemu menerusi aplikasi dating utuk gay.

    Brizzi mempunyai dua ijazah iaitu dalam bidang falsafah dan komputer serta berkhidmat dengan bank Morgan Stanley selama lebih 20 tahun. – MYNEWSHUB.CC

    Subjects:

  • No Comment to " Pembunuh Kanibal Bunuh Diri Di Penjara "