• Pembangkang Hanya Kuat Pada Hujung Minggu

    Published: Wednesday, 11 April 2018
    A- A+

    Tarikh pengundian bagi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) yang ditetapkan pada 9 Mei yang jatuh pada hari Rabu mengundang rasa tidak puas hati di kalangan pembangkang.

    Lebih keterlaluan lagi, pembangkang mendakwa tarikh tersebut ditentukan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sedangkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang menetapkannya.

    Semalam SPR menetapkan hari Rabu (9 Mei) sebagai hari pengundian bagi PRU14 manakala tarikh penamaan calon pula pada 28 April.

    Pembangkang mendakwa tarikh tersebut memberi kelebihan kepada Barisan Nasional (BN) kerana ramai pengundi yang bekerja tidak dapat menunaikan tanggungjawab.

    Persoalannya adakah hanya penyokong pembangkang sahaja yang bekerja pada hari tersebut?


    Pilihan Raya Umum (PRU) sebelum ini pun pernah berlangsung pada hari bekerja dengan PRU6 diadakan pada hari Khamis diikuti PRU9 (Selasa) dan PRU10 (Isnin).

    Di sini kita boleh lihat, hari tidak memberi sebarang masalah kepada pengundi untuk menunaikan tanggungjawab mereka.

    Kenapa pembangkang terlalu takutkan pengundian berlangsung pada hari bekerja?

    Mungkin pembangkang di Malaysia menerusi Pakatan Harapan (PH) hanya kuat pada hujung minggu sahaja membuatkan mereka terlalu takut dengan hari bekerja.

    Jika pembangkang sudah cukup bersedia seperti BN, tiada masalah untuk pilihan raya dilangsungkan pada bila-bila masa.-Sarawakiana






    Subjects:

  • No Comment to " Pembangkang Hanya Kuat Pada Hujung Minggu "