• Pelancaran Bilik Gerakan PRU-14 BN-PBB Zon Telaga Air

    Reporter: Admin
    Published: Saturday, 21 April 2018
    A- A+


    BIARPUN Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) belum bermula, ahli Jawatankuasa Jentera BN-PBB Zon Telaga Air telah memgambil inisiatif mengaktifkan Bilik Gerakan mereka.

    Mengucapkan syabas dan tahniah kepada Ahli Jawatankuasa Jentera BN-PBB Zon Telaga Air, Menteri Muda Utiliti (Elektrik) Dr Haji Abdul Rahman Junaid berkata, ini menunjukkan kesungguhan anggota dan petugas di kedua ranting tersebut komited dalam melaksanakan tanggungjawab mereka.

    "Walaupun PRU belum bermula tetapi mereka telah pun bersiap siaga dengan awal," katanya Abdul Rahman, yang juga merupakan ADUN Pantai Damai sambil menambah, DUN Pantai Damai menpunyai 17 buah Pusat Tempat Mengundi (PTM).

    "Jentera PBB tidak mempunyai masalah untuk menghadapi pilihanraya kerana di Sarawak puratanya dua tahun setengah kita menghadapi PRU dan Pilihan Raya Negeri (PRN)"

    Tambah Abdul Rahman lagi, pada PRN 2016, BN-PBB DUN Pantai Damai telah mendapat majoriti yang tertinggi iaitu sebanyak 9,260 undi.

    Beliau berkata demikian dalam ucapannya pada Majlis Pelancaran Bilik Gerakan PRU-14 BN-PBB Zon Telaga Air berpusat di PTM Selang semalam.

    Menurut Abdul Rahman lagi, pada PRU 14 ini PBB Pantai Damai masih menggunakan cara dan kaedah serta strategi yang telah mereka gunakan pada dua pilihan raya yang lalu.

    "Kita akan terus memberi tumpuan kepada peratusan dan jumlah orang turun mengundi dan kita tidak mahu pengundi dan penyokong kita berasa selesa sehingga tidak mahu turun mengundi."

    Jelasnya lagi, perkara tersebut akan merugikan jumlah undi yang sepatutnya memihak kepada PBB dan semua jentera pada hari pembuangan undi bersatu tenaga dan mengerah jentera untuk memastikan sebanyak mungkin pengundi turun mengundi," katanya lagi.
  • No Comment to " Pelancaran Bilik Gerakan PRU-14 BN-PBB Zon Telaga Air "