• PBDSB Rayu Sumbangan Orang Ramai Untuk Bertanding PRU14

    Published: Tuesday, 17 April 2018
    A- A+

    Setiap kali berlangsungnya pilihan raya sudah pasti pelbagai perkara menarik dan pelik berlaku melibatkan parti politik.

    Perkara yang berlaku bukan sahaja melibatkan bahan kempen tetapi juga cara untuk mencari dana untuk bertanding.

    Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) juga tidak kurang hebatnya apabila Institut Dayak Kebangsaan (Dani) melancarkan kutipan 'Heart of Borneo' untuk menaja calon Parti Bansa Dayak Sarawak Baru (PBDSB).

    Pengerusinya Rapelson Richard merayu sumbangan orang ramai untuk menyokong calon PBDSB.

    PBDSB sepatutnya melihat balik kepada aspek kewangan parti sebelum memutuskan untuk bertanding dalam mana-mana pilihan raya.-Sarawakiana



    Subjects:

  • No Comment to " PBDSB Rayu Sumbangan Orang Ramai Untuk Bertanding PRU14 "