• PAS Bertanding 5 Kawasan Parlimen Di Sarawak

    Published: Tuesday, 17 April 2018
    A- A+

    Parti Islam SeMalaysia (PAS) akan bertanding di lima kawasan parlimen di Sarawak pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) yang berlangsung pada 9 Mei.

    Memetik laporan Bernama, Pesuruhjaya PAS Sarawak, Jofrie Jaraie berkaata, lima kawasan tersebut merangkumi Petra Jaya, Samarahan, Batang Sadong, Batang Lupar dan Sibuti.

    Menurutnya, pengumuman nama calon dijangka dibuat pada Sabtu (21 April) di Kuching.

    "Kita akan bertanding di lima kawasan parlimen di Sarawak manakala nama calon diumumkan 21 April," katanya.

    Berdasarkan perkembangan terkini, kesemua kawasan yang ditandingi PAS bakal menyaksikan sekurang-kurangnya pertembungan tiga penjuru.

    Di Samarahan, Batang Lupar dan Batang Sadong, PAS bakal ditentang Barisan Nasional (BN) dan Parti Amanah Negara (PAN) manakala BN dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Petra Jaya dan Sibuti.

    Kesemua kerusi yang ditandingi PAS di Sarawak merupakan kubu kuat BN yang diwakili wakil Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB).

    Pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13), PAS tewas di semua lima kerusi yang ditandingi.-Sarawakiana




    Subjects:

  • No Comment to " PAS Bertanding 5 Kawasan Parlimen Di Sarawak "