• Parlimen Bubar 7 April

    Reporter: uMieySurianie
    Published: Friday, 6 April 2018
    A- A+

    SHAH ALAM - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebentar tadi mengumumkan pembubaran Parlimen secara rasmi.

    Pembubaran Parlimen berkuat kuasa pada esok (7 April).

    Beliau mengumumkan pembubaran tersebut menerusi siaran langsung RTM dan Facebook rasmi beliau.

    Terdahulu, Perdana Menteri pagi ini mempengerusikan mesyuarat Kabinet yang terakhir.

    Kenderaan rasmi perdana menteri kelihatan memasuki bangunan Perdana Putra pada 8.40 pagi.

    Sebelum itu, kenderaan membawa Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan menteri-menteri Kabinet turut kelihatan memasuki bangunan tersebut untuk menghadiri mesyuarat mingguan Kabinet.

    Ramai pemerhati politik mengandaikan mesyuarat itu mungkin yang terakhir sebelum Parlimen dibubarkan untuk memberi laluan kepada pilihan raya umum ke-14.

    Sekumpulan jurugambar dan wartawan turut menunggu di luar perkarangan pintu masuk ke Perdana Putra seawal 7 pagi bagi membuat liputan kemungkinan pengumuman pembubaran Parlimen. - Sinar Harian

    Subjects:

  • No Comment to " Parlimen Bubar 7 April "