• Pakatan Bawa Negara Ke Belakang

    Published: Monday, 9 April 2018
    A- A+


    MANA lebih besar tawarannya, 1 juta peluang pekerjaan atau 3 juta peluang pekerjaan? Begitu juga mana lebih baik, Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang hanya dikekalkan atau yang ditambah nilai bantuannya?

    Membuat perbandingan antara Manifesto Pakatan Harapan yang diketuai DAP dengan Manifesto Barisan Nasional (BN) tidak sesukar mana pun kerana Manifesto pakatan bagai terperangkap dalam janji-janji yang terlalu cetek potensinya.

    Pakatan Harapan juga gagal merasai denyut sebenar rakyat serta dilihat terbuai kepada perkara-perkara tidak realistik seperti penghapusan GST yang boleh memusnahkan ekonomi negara.

    Jika dibuat perhitungan, Manifesto BN yang dibentangkan oleh Pengerusinya, Datuk Seri Najib Tun Razak adalah manifesto yang tidak hanya inklusif malah ia dirangka dalam bentuk pemikiran luar kotak yang mengambil kira cabaran semasa dan keperluan masa hadapan.

    Contoh insentif-insentif yang melihat ke hadapan adalah seperti pemberian unit percuma Amanah Dana Anak Malaysia 2050 (ADAM50), mewujudkan Koperasi Wanita, pemadanan pelajar universiti dengan bakal majikan, meningkatkan gaji minimum kepada RM1,5000 serta bantuan kesihatan kepada pesara.

    Wajar disedari, BN memiliki kelebihan yang tidak boleh dinafikan iaitu daripada segi pengalaman dan kecekapannya menguruskan negara mengharungi arus peredaran zaman serta berdepan pelbagai cabaran krisis ekonomi antarabangsa.

    PRU-14 merupakan medan penting untuk menentukan hala tuju negara kerana jikalau tersalah pilih, satu langkah yang sepatutnya ke hadapan boleh bertukar menjadi tiga langkah ke belakang.

    Keputusan yang bakal ditentukan rakyat tidak sepatutnya berkisarkan tentang hasrat seorang bekas Perdana Menteri berusia 93 tahun memegang kembali tampuk kuasa kerana kepentingan yang diletakkan pertaruhan adalah untung nasib generasi masa kini dan juga yang mendatang. - UTUSAN ONLINE

    Subjects:

  • No Comment to " Pakatan Bawa Negara Ke Belakang "