• Nicol David Ke Separuh Akhir

    Reporter: M. H. W.
    Published: Saturday, 7 April 2018
    A- A+

    KUALA LUMPUR - Datuk Nicol David berada di landasan tepat untuk mempertahankan pingat emas squasy Sukan Komanwel yang dimenanginya empat tahun dahulu apabila melepasi tentangan sengit pemain England, Alison Waters di suku akhir perseorangan wanita, hari ini.

    Dalam perlawanan yang berlangsung di Oxenford Studios, Gold Coast itu, Nicol, yang tewas pada dua set pertama berjaya mempamerkan semangat juang yang tinggi untuk memenangi tiga set berikutnya.

    Perlawanan yang berlangsung selama 61 minit itu berkesudahan dengan 7-11, 11-13, 11-9, 11-9, 12-10.

    Pada separuh akhir esok, Nicol dijadual menentang pemenang perlawanan di antara Joelle King dari New Zealand dan Joshna Chinappa dari India. - UTUSAN ONLINE

    Subjects:

  • No Comment to " Nicol David Ke Separuh Akhir "