• Negara Tunggu Berita Pembubaran Parlimen

    Published: Friday, 6 April 2018
    A- A+

    KUALA LUMPUR – Rakyat Malaysia menunggu dengan penuh debaran pagi Jumaat ini terhadap berita kemungkinan pembubaran Parlimen diumumkan, topik yang hangat diperkatakan sejak sekian lama.

    Anggota media berkumpul di pintu masuk Istana Negara sejak pukul 7 pagi kerana menjangkakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan ke Istana untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V memohon perkenan pembubaran Parlimen dilakukan.

    Sebaliknya Najib berada di Putrajaya, pusat pentadbiran persekutuan di mana beliau mempengerusikan mesyuarat Kabinet yang dianggap ramai sebagai yang terakhir sebelum pembubaran Parlimen.

    Kereta rasmi beliau dilihat memasuki bangunan Perdana Putra pada pukul 8.40 pagi.

    Sepanjang pagi ini, pihak media masih menunggu kenyataan rasmi mengenai pengumuman pembubaran itu.

    Pembubaran Parlimen akan membolehkan Pilihan Raya Umum Ke-14 diadakan. – BERNAMA

    Subjects:

  • No Comment to " Negara Tunggu Berita Pembubaran Parlimen "