• Neelofa Terkilan, Adik Sering Jadi ‘Bahan’ Kritikan

    Reporter: Dayyan Mikhail
    Published: Thursday, 12 April 2018
    A- A+

    Pelakon dan pengacara popular Neelofa mengakui terkilan apabila adiknya iaitu Ameera Khan sering menjadi bahan kritikan dan sindiran tajam ramai netizen.

    Boleh dikatakan setiap tindak tanduk yang dilakukan oleh gadis berusia 17 tahun itu pasti akan menjadi perhatian ramai pengguna media sosial tempatan.

    Neelofa berkata, dia bersimpati dengan apa yang dialami oleh adiknya dan berharap agar orang ramai dapat memberi ruang kepada keluarga terutamanya Ameera.

    “Dia baru sahaja berusia 17 tahun dan saya rasa orang luar perlu berikan dia ruang untuk belajar daripada kesalahan yang dilakukan dan menjadi lebih matang.

    “Tidak adil apabila dia terus diadili dan dihukum sedangkan dia masih muda,” kata Neelofa dipetik Astro Awani.

    Pada masa sama, Neelofa mengakui bangga dengan kekuatan dan kecekalan yang dimiliki oleh Ameera dalam menempuh apa sahaja kontroversi yang datang.

    Tambah Neelofa lagi, Ameera mungkin banyak belajar daripada pengalaman yang dilalui dan dia turut tekad untuk terus memberi inspirasi kepada adiknya.

    “Saya rasa kalau saya sebayanya dulu, saya mungkin tidak sekuat dia kini.

    “Saya sangat bangga dengan kekuatan yang dimiliki dan tidak keterlaluan untuk mengatakan dia lebih kuat daripada saya sebenarnya,” ujar pengacara berusia 29 tahun itu.

    Sementara itu ditanya mengenai perkembangan diri, Neelofa bakal terlibat dalam sebuah kempen antibuli pada minggu hadapan.

    Katanya, dia berharap kempen seperti itu dapat mewujudkan kesedaran dalam masyarakat agar tidak menyalahgunakan sosial media. – MYNEWSHUB.CC/AM

    Subjects:

  • No Comment to " Neelofa Terkilan, Adik Sering Jadi ‘Bahan’ Kritikan "