• NASA Lancar Misi Teroka Planet Baru

    Published: Tuesday, 17 April 2018
    A- A+


    TAMPA, Florida - Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan hari ini bersedia melancarkan misi pencarian kehidupan makhluk asing dengan mengimbas langit berhampiran untuk mencari planet-planet seperti Bumi.

    Satelit Peninjau Transit Exoplanet (TESS) telah dilancarkan kira-kira pukul 10.32 malam ini menerusi roket Falcon 9 SpaceX dari tapak pelancar NASA di Cape Canaveral, Florida.

    Pada kos bernilai AS$337 juta (RM1.4 bilion), pesawat bersaiz seperti mesin basuh itu dibina untuk mencari bintang paling terang untuk tanda-tanda peredupan berkala. Ia digelar transit mungkin bermakna bahawa planet-planat berada di orbit sekitarnya.

    TESS dijangka akan mendedahkan 20,000 planet di dalam sistem solar, dikenali sebagai exoplanet, kata NASA.

    Penemuannya akan dikaji lebih lanjut oleh teleskop yang berpangkalan di Bumi dan ruang angsakan untuk tanda-tanda boleh didiami termasuk medan berbatu, saiz seperti Bumi dan jarak dari matahari yang membolehkan suhu bagi kewujudan air.

    TESS dilengkapi dengan empat kamera pengesan yang mampu memantau keseluruhan langit berhampiran,” kata ketua penyiasat TESS di Institut Teknologi Massachussett, George Ricker. - AFP/Kosmo

    Subjects:

  • No Comment to " NASA Lancar Misi Teroka Planet Baru "