• Nantikan Pelancaran Manifesto Barisan Nasional Sabtu ini

    Published: Thursday, 5 April 2018
    A- A+
    KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan melancarkan Manifesto Barisan Nasional sempena Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang dijangka berlangsung dalam tempoh sebulan dari sekarang.

    Pelancaran manifesto BN itu sekaligus menandakan pembubaran Parlimen akan berlaku pada bila-bila masa, malah ramai yang menjangkakan esok iaitu Jumaat perdana menteri akan mengadap Yang di-Pertuan Agong.

    Ramai yang tertunggu-tunggu apakah intipati manifesto Barisan Nasional kali ini berikutan banyak imbuhan yang diumumkan baru-baru ini termasuk yang terbaharu untuk penjawat awam.

    Mandat kerajaan Barisan Nasional akan tamat pada 24 Jun ini, dan Parlimen akan terbubar sendiri pada tarikh tersebut jika tiada pembubaran dilakukan sebelum itu.

    Kali terakhir rakyat Malaysia mengundi bagi memilih kerajaan adalah pada 5 Mei 2013. – theRakyat

    Subjects:

  • No Comment to " Nantikan Pelancaran Manifesto Barisan Nasional Sabtu ini "