• Nak Kahwin Kerana Takut Tidur Seorang

    Published: Tuesday, 17 April 2018
    A- A+


    BANTAENG - SULAWESI: Rancangan untuk menikahkan pasangan remaja berusia 14 dan 15 tahun di daerah Bantaeng, Sulawesi Selatan, semalam telah dibatalkan.

    Media tempatan sebelum ini melaporkan, permohonan perkahwinan pasangan itu pada mulanya ditolak kerana usia mereka terlalu muda tetapi selepas membuat rayuan di Mahkamah Agama Bantaeng, permohonan mereka diluluskan.

    Ketika ditanya alasan mahu berkahwin, remaja perempuan itu berkata, dia bukan dipaksa kerana berbadan dua, tetapi keinginan mereka sendiri.

    Selain itu dia turut memberitahu takut tidur seorang kerana sering ditinggalkan sendirian di rumah selepas ibunya meninggal dunia dan bapanya kerap ke luar daerah untuk urusan perniagaan.

    Menurut undang-undang di Indonesia, usia minimum untuk berkahwin bagi perempuan adalah 16 tahun, sementara lelaki 19 tahun.

    “Pernikahan mereka yang sepatutnya berlangsung hari ini (semalam) terpaksa dibatalkan.

    “Tapi jangan risau mereka tetap boleh berkahwin.

    "Mengikut peraturan, 10 hari selepas membuat permohonan kepada pejabat agama barulah mereka boleh bernikah.

    “Ini baru masuk hari kelima. Diminta bakal suami bersabar ya,” kata jurucakap Jabatan Agama Bantaeng, Mahdi Bakri semalam.- DetikNews

    Subjects:

  • No Comment to " Nak Kahwin Kerana Takut Tidur Seorang "