• Najib ucap takziah kepada keluarga Mazlan Ahmad

    Reporter: Admin
    Published: Monday, 2 April 2018
    A- A+
    (Foto Bernama)

    KUALA LUMPUR, 1 April (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengucapkan takziah kepada keluarga bekas Datuk Bandar Kuala Lumpur, Tan Sri Dr Mazlan Ahmad yang meninggal dunia pada Sabtu.

    "Takziah kepada keluarga Tan Sri Dr Mazlan Ahmad, mantan Datuk Bandar Kuala Lumpur dan Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), yang telah kembali ke rahmatullah. Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat. Al-Fatihah," katanya dalam catatan di laman Twitter.

    Mazlan, 75, meninggal dunia di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) pada 7.30 malam.

    Jenazah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Bukit Kiara, pagi tadi.

    Allahyarham, yang dilahirkan di Perlis, dilantik sebagai Datuk Bandar Kuala Lumpur yang keempat dari 17 Nov 1992 sehingga 12 Dis 1995 sebelum dilantik sebagai Ketua Pengarah JPA pada 13 Dis 1995 dan memegang jawatan itu sehingga bersara pada 15 Dis 1998. -- BERNAMA

    Subjects:

  • No Comment to " Najib ucap takziah kepada keluarga Mazlan Ahmad "