• Najib Ubah Landskap Pembangunan Sarawak

    Published: Monday, 16 April 2018
    A- A+


    ‘Sarawak begitu dekat di hati saya’ kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib setiap kali datang melawat negeri ini.

    Sejak memegang jawatan sebagai Perdana Menteri, Najib sering menegaskan yang beliau akan membangunkan Sarawak serta mempertahankan hak- hak Sarawak. 

    Pelbagai pembangunan di bawa ke negeri ini oleh kerajaan pusat sejak pemerintahan Najib sebaga ketua negara.

    Seperti yang dinyatakan oleh Timbalan Ketua Menteri Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah, Najib sudah 61 kali melawat Sarawak dan 165 program ‘walkabout’ di lakukan.

    Di samping itu sejumlah RM4.2 juta peruntukkan untuk pelbagai projek rakyat telah diagihkan melalui program walkabout tersebut.

    Ini membuktikan Najib begitu komited membangunkan Sarawak setelah 22 tahun ketingggalan dalam arus pembangunan sepatutnya.

    Dalam setiap kali pengumuman bajet Najib meluluskan peruntukkan yang begitu besar kepada Sarawak seperti projek pembinaan lebuhraya Pan Borneo, jambatan dan sebagainya termasuk untuk penyukatan tanah adat dan sebagainya.

    Pada manifesto Barisan Nasional yang lalu, Najib turut memberi penekanan terhadap pembangunan infrastruktur dan rakyat negeri ini.

    Manifesto BN yang telah dibentangkan diyakini akan ditunaikan sepertimana Najib menunaikan manifesto BN pada PRU13.

    Hakikatnya Najib mengotakan segala janji-janji kepada Sarawak yang buktinya lanskap pembangunan negeri sudah berubah begitu jelas dan nyata pada hari ini.

    Subjects:

  • No Comment to " Najib Ubah Landskap Pembangunan Sarawak "