• Najib Tiba Di Pusat Penamaan Calon Pukul 8.45 Pagi

    Reporter: uMieySurianie
    Published: Saturday, 28 April 2018
    A- A+


    PEKAN - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tiba di pusat penamaan calon di Dewan Konvensyen Sultan Haji Ahmad Shah di sini kira-kira pukul 8.45 pagi tadi.

    Najib yang juga calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Pekan berarak bersama ribuan penyokong parti itu bermula dari pekarangan bangunan UMNO di sini pukul 8.40 pagi.

    Yang hadir sama, isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

    Turut mengiringi calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini, Datuk Seri Abu Bakar Harun; calon BN DUN Peramu Jaya, Datuk Seri Sh. Mohmed Puzi Sh. Ali; calon BN DUN Bebar, Datuk Mohammad Fakhruddin Mohd. Ariff dan calon BN DUN Pulau Manis, Datuk Khairuddin Mahmud. - UTUSAN ONLINE

    Subjects:

  • No Comment to " Najib Tiba Di Pusat Penamaan Calon Pukul 8.45 Pagi "