• Najib Persetujui 13 Perkara Dikembalikan Kepada Sarawak

    Published: Thursday, 12 April 2018
    A- A+

    Pembangkang di Sarawak terus meneruskan memainkan isu membabitkan hak Sarawak yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

    Sebaliknya apa yang diperjuangkan pembangkang dalam menuntut hak Sarawak hanya untuk meraih sokongan politik bukannya betul-betul memperjuangkannya.

    Pembangkang turut mendakwa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg hanya duduk berbincang sahaja namun tiada sebarang hasil dicapai.

    Untuk pengetahuan setiap lapisan masyarakat di Sarawak termasuk pembangkang, Barisan Nasional (BN) pusat dan negeri terus mencari jalan untuk menyelesaikan perkara itu.

    Najib dengan berlapang dada menyerahkan Empangan Hidroelektrik Bakun kepada Sarawak selain penyeliaan elektrik menjadi kuasa penuh negeri ini.

    Bukan itu sahaja, Sarawak juga mendapat hak meneroka sumber asli seperti minyak dan gas di bawah Ordinan Perlombongan Sarawak.

    Najib turut mengembalikan 13 perkara termasuk penurunan kuasa penuh kepada Sarawak merangkumi:

    1. Untuk membenarkan Peguam Besar Persekutuan melantik pegawai dari Pejabat Peguam Besar Negeri sebagai Timbalan Pendakwa Raya untuk mendakwa dan mengendalikan kes-kes di bawah Undang-undang Negeri.

    2. Untuk merujuk kepada Kerajaan Negeri sebelum meluluskan Permit Perikanan Laut Dalam.

    3. Untuk menambah bilangan pelajar Sarawak yang mengikuti kursus ijazah perubatan di universiti-universiti awam termasuk UNIMAS.

    4. Untuk merujuk kepada Kerajaan Negeri berhubung perkara-perkara mengenai alam sekitar seperti yang terkandung dalam Akta Kualiti Alam Sekitar 1974.

    5. Untuk menubuhkan jawatankuasa bersama yang bertanggungjawab ke atas program pembangunan perumahan biayaan eprsekutuan di negeri ini.

    6. Untuk menyerahkan Jabatan Kebajikan dan semua fungsinya kepada kerajaan negeri.

    7. Untuk menguruskan bersama pembangunan sukan di negeri Sarawak.

    8. Supaya Jabatan Imigresen Negeri meningkatkan kerja-kerja penguatkuasaan dengan mewujudkan 100 jawatan baharu.

    9. Supaya menjelang akhir tahun 2018, 90% daripada guru-guru di Sarawak adalah anak tempatan negeri ini.

    10. Bahawa sebarang cadangan enakmen atau pindaan semua undang-undang Persekutuan yang memberi kesan kepada Sarawak mestilah dirujuk kepada Kerajaan Negeri.

    11. Supaya semua projek biayaan Persekutuan yang hendak dilaksanakan di Sarawak mestilah dirujuk kepada Kerajaan Negeri terlebih dahulu.

    12. Supaya Suruhanjaya Perkhidmatan Awam dan Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan menurunkan kuasa kepada suruhanjaya peringkat negeri untuk melantik pegawai- pegawai baharu di negeri ini.

    13. Untuk memberi kuasa warden trafik kepada pihak berkuasa tempatan seperti DBKU dan MBKS.

    Dengan pengembalian hak dan penurunan kuasa tersebut, Najib memang prihatin terhadap Sarawak sepertimana yang telah beliau nyatakan sebelum ini dan Abang Johari berpegang teguh dengan kata yang akan terus berbincang untuk menuntut hak Sarawak.-Sarawakiana

    Subjects:

  • No Comment to " Najib Persetujui 13 Perkara Dikembalikan Kepada Sarawak "