• Najib Pemimpin Yang Prihatin Pejuangkan Nasib Rakyat

    Published: Friday, 13 April 2018
    A- A+

    Timbalan Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan menyifatkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai seorang pemimpin yang prihatin dalam memperjuangkan nasib rakyat.

    Beliau yang juga Timbalan Ketua Menteri berkata, ia terbukti dengan memperjuangkan nasib rakyat turut terkandung dalam Manifesto Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

    Menurutnya, manifesto tersebut adalah 'aku janji' terbaik BN dalam memperjuangkan untung nasib rakyat Malaysia.

    "Pemimpin parti komponen BN memahami isi hati rakyat, bukan seperti pemimpin pembangkang hanya bersifat peribadi.

    "Kita berjuang untuk rakyat, saya yakin bahawa kita mempunyai persefahaman lebih jitu berbanding pembangkang," katanya seperti yang dilaporkan Utusan Borneo.

    Malah jelasnya, manifesto BN turut mengandungi pembinaan Lapangan Terbang Mukah dan Lawas, ia jelas membuktikan BN tidak mengepikan rakyat Sarawak.

    Sementara itu, menurutnya, pembangkang ketika ini dilihat semakin terdesak untuk meraih undi, justeru mereka menggunakan perang psikologi untuk mempengaruhi pemikiran rakyat.-Sarawakiana




    Subjects:

  • No Comment to " Najib Pemimpin Yang Prihatin Pejuangkan Nasib Rakyat "