• Najib luang masa dengan keluarga di Bangsar

    Reporter: Admin
    Published: Saturday, 21 April 2018
    A- A+
    (Gambar Bernama)

    KUALA LUMPUR, 21 April (Bernama) -- Meskipun sibuk dengan persiapan menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 pada 9 Mei ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak meluangkan masa untuk bersiar-siar di sekitar Bangsar di sini bersama keluarga beliau.

    Najib memuat naik gambar dan video bersama-sama isterinya Datin Seri Rosmah Mansor, anak perempuan Nooryana Najwa, menantu lelakinya Daniyar Kessikbayev dan cucunya Adam Razak Daniyar yang berusia lapan bulan di laman Facebook dan Twitternya, hari ini.

    "Bawa family jalan-jalan di APW Bangsar tengah hari ini. Meriah ramai orang, terkejut Adam sampai menangis, haha cucu saya comel je #riuhinthecity

    "Tengah hari Sabtu ini singgah di APW Bangsar, meriah ada macam-macam acara boleh singgah dengan keluarga," katanya.

    Kelihatan orang ramai yang berada sekitar kawasan itu teruja melihat pemimpin nombor satu negara itu dan bersalaman serta mengambil gambar dengannya.

    -- BERNAMA

    Subjects:

  • No Comment to " Najib luang masa dengan keluarga di Bangsar "