• Najib Kenal Hati Budi Orang Sarawak

    Published: Friday, 6 April 2018
    A- A+


    Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan, sebagai pemimpin tidak harus mengeluarkan kata-kata yang boleh mengguris perasaan mana-mana pihak.

    Sudahlah diabaikan oleh Dr Mahathir selama beliau menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun, tergamak pula beliau mengeluarkan kata-kata bahawa orang Sarawak ini malas, slow dan tamak.

    Najib turut menyatakan yang beliau tidak pernah dan tidak akan menyatakan sedemikian kerana kenal hati budi orang Sarawak.

    Mereka adalah setia dan tahu membezakan yang mana intan dan yang mana kaca. 

    Kalau di ukur dari segi kekerapan kunjungan dan program yang dilaksanakan di Sarawak, memang jelas ternyata Sarawak sentiasa dekat di hati Najib, apatah lagi jika di ambil kira juga peruntukan-peruntukan yang telah luluskan untuk Sarawak. 

    Selain daripada projek-projek InfraRakyat besar seperti Lebuhraya Pan Borneo, Najib juga telah mengumumkan peruntukan ketika sesi walkabout yang lakukan di Bumi Kenyalang ini, sebanyak RM4.3 bilion tak termasuk yang baru di umumkan dalam lawatan untuk kali ke-60 ke negeri ini.

    Hal ini adalah kerana Najib berpegang teguh kepada pendirian bahawa sebagai Perdana Menteri atau Apai Besar negara, beliau akan memastikan pembangunan seimbang kepada semua kawasan, dan sekiranya ada jurang pembangunan atau development gap, kerajaan akan melaksanakan yang terbaik untuk mengatasinya.

    Inilah pegangan Najib dan Barisan Nasional, dahulukan rakyat!

    Sebagai satu lagi bukti keikhlasan, komitmen, dan hubungan erat antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Sarawak, Najib menyerahkan kembali Empangan Bakun ini kepada Kerajaan dan rakyat Sarawak.

    Beliau percaya ini adalah langkah yang tepat, kerana beliau tahu orang Sarawak ada menyimpan perasan untuk memiliki dan mengurus sendiri Empangan Bakun ini. 

    Projek ini juga akan terus menyumbang kepada pembangunan negeri Sarawak kerana melalui penghasilan tenaga hidroelektrik daripada Stesen Janakuasa Hidroelektrik di Bakun dan juga di tempat-tempat lain di Sarawak, rakyat Sarawak terus menikmati tarif elektrik terendah di Malaysia.

    Sebagai perbandingan, purata kadar tarif elektrik di Sarawak adalah 28.2 sen/kilowattjam, berbanding 39.45 sen/kilowattjam di Semenanjung dan 34.52 sen/kilowattjam di Sabah.

    Ini juga akan mendorong lebih banyak syarikat-syarikat industri menggunakan tenaga tinggi untuk terus melabur di Sarawak.

    Lebih daripada itu, tenaga boleh diperbaharui yang dihasilkan juga memainkan peranan penting kepada komitmen Kerajaan di dalam Perjanjian Paris untuk mengurangkan intensiti pelepasan gas rumah hijau atau carbon emission kepada 45% daripada KDNK menjelang tahun 2030.

    Tambahan lagi, projek ini juga akan beri kesan limpahan sosioekonomi dan pelancongan kepada rakyat Sarawak.

    Sarawak ada potensi besar, dan sebagai Apai Besar Malaysia, Najib beri komitmen bahawa Kerajaan Persekutuan akan terus memberi bantuan dan sokongan agar Sarawak merealisasikan potensi tersebut dan menjadi antara negeri yang membangun paling pesat dalam Malaysia

    Subjects:

  • No Comment to " Najib Kenal Hati Budi Orang Sarawak "