• Myanmar dakwa Zuckerberg, FB gagal halang ucapan benci

    Published: Friday, 6 April 2018
    A- A+
    YANGON: Kumpulan persatuan sivil Myanmar menyelar Mark Zuckerberg dalam surat terbuka menuduh Facebook gagal menghalang ucapan kebencian yang meningkatkan ketegangan agama di negara itu.

    Facebook mempertahankan diri daripada dakwaan ia membantu menyemarakkan pertumpahan darah berunsurkan agama di Myanmar, yang dituduh melancarkan kempen pembersihan etnik terhadap penduduk Islam Rohingya.

    Surat bersama itu adalah reaksi kepada kenyataan dibuat Zuckerberg dalam temubual dengan laman berita Vox yang disiarkan minggu ini.

    Dalam temubual itu, beliau menyebut contoh penduduk Buddha dan penduduk Islam Myanmar menyebarkan mesej 'sensasi' di Facebook yang memberi amaran keganasan tidak dapat dielakkan yang dilakukan komuniti lain.

    "Perkara itu membuatkan saya fikir memang jelas orang ramai menggunakan kami untuk mencetuskan keganasan.

    "Kini, dalam kes itu, sistem kami mengesan apa yang berlaku. Kami menghalang mesej seumpama itu daripada terlepas," Zuckerberg dipetik sebagai berkata.

    Dalam surat mereka, enam pertubuhan teknologi dan hak asasi manusia berkata mereka 'terkejut' mendengar Zuckerberg 'memuji keberkesanan' sistem Facebook di Myanmar.

    Tindak balas media sosial popular itu kepada ucapan kebencian dan khabar angin di Myanmar 'tidak mencukupi', kata kumpulan itu, yang cuba mengenal pasti kandungan bahaya di Facebook. - AFP/BHonline

    Subjects:

  • No Comment to " Myanmar dakwa Zuckerberg, FB gagal halang ucapan benci "