• Mobiliti Terhubung pemangkin industri automotif – Najib

    Reporter: Admin
    Published: Thursday, 26 April 2018
    A- A+
    SERDANG – Industri automotif negara bakal berkembang menjadi lebih pintar dan canggih menerusi pengenalan Mobiliti Terhubung dalam usaha kerajaan memandang jauh ke hadapan.

    Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, ini kerana Mobiliti Terhubung atau Connected Mobility berkebolehan untuk meneroka dan menganalisis Data Raya dengan wujudnya hubungan internet berkelajuan tinggi.

    Beliau berkata, teknologi mobiliti tersebut juga dapat meningkatkan ciri-ciri keselamatan kenderaan generasi akan datang dengan kenderaan berupaya berkomunikasi dengan kenderaan yang lain selain infrastruktur dan kebarangkalian mengurangkan kejadian kemalangan.

    “Masyarakat luar bandar juga tidak akan ketinggalan dalam memperolehi manfaat visi Mobiliti Terhubung termasuk membantu aktiviti-aktiviti pertanian, kesihatan, perikanan, penternakan, perladangan dan lain-lain.

    “Rakyat juga akan berpeluang untuk membangunkan perniagaan berasaskan logistik melalui pendekatan secara logistik crowdsourced dan pengangkutan multimodal.

    “Penambahan jenis-jenis perkhidmatan juga akan terwujud haisl daripada kemudahan perkongsian perjalanan, pengembara terhubung dan lain di mana ke semua keupayaan ini akan membuka laluan kepada jenis perniagaan baharu dan menjadi pemangkin kepelbagaian perkhidmatan semasa,” katanya.

    Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan program Jerayawara Mobiliti Terhubung dan pelnacarab Malaysia Autoshow 2018 di MAEPS di sini hari ini.

    Malaysia Autoshow 2018 merupakan anjuran Institut Automotif Malay­sia (MAI) yang memasuki edisi keempat tahun ini.

    Najib menambah, Mobiliti Terhubung disasarkan akan melalui peralihan dari sebuah produk kepada sebuah perkhidmatan dan dalam jangka masa panjang memiliki kapasiti amat besar untuk membuka peluang perniagaan dan pekerjaan bagi golongan yang merebut peluang ini.

    Ujar beliau, berdasarkan penyelidikan awal ke atas ekosistem industry Mobiliti Terhubung yang dijalankan MAI, industri ini bukan sahaja berpotensi mencipta peluang lebih sejuta pekerjaan baharu malah menjadi pelengkap kepada inisiatid sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM).

    “Saya juga dimaklumkan industri Mobiliti Terhubung akan membuka penempatan untuk lebih 480,000 graduan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) dan 300,000 graduan instusi pengajian tinggi,” katanya. – http://theRakyat.com


    #MalaysiaAutoshow2018
    #MA2018
    #BersamaBN
    #HebatkanNegaraku

    Subjects:

  • No Comment to " Mobiliti Terhubung pemangkin industri automotif – Najib "