• Mesyuarat Khas PRU-14 Esok

    Published: Monday, 9 April 2018
    A- A+

    PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan mesyuarat khas esok bagi membincangkan persiapan Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) termasuk hari penamaan calon dan pengundian.

    Perkara itu dimaklumkan menerusi satu jemputan media oleh SPR hari ini.

    Jemputan itu turut memaklumkan Pengerusi SPR, Tan Sri Mohd. Hashim Abdullah akan mempengerusikan mesyuarat itu pada pukul 10 pagi.

    Sidang akhbar pula diadakan pada pukul 12 tengah hari. - UTUSAN ONLINE

    Subjects:

  • No Comment to " Mesyuarat Khas PRU-14 Esok "