• Menteri Dalam Negeri Britain Letak Jawatan

    Reporter: uMieySurianie
    Published: Monday, 30 April 2018
    A- A+

    LONDON - Menteri Dalam Negeri Britain, Amber Rudd meletakkan jawatannya semalam selepas berdepan dakwaan memperdayakan penggubal undang-undang berhubung sama ada kementeriannya mempunyai sasaran jumlah penghantaran pulang pendatang tanpa izin di negara ini atau pun tidak.

    Minggu lalu, Rudd dikatakan memberitahu sebuah jawatankuasa Parlimen bahawa kementeriannya tidak menyimpan dokumen jumlah pendatang asing yang diusir dari Britain.

    Walaupun beliau berkali-kali menolak dakwaan berkenaan, namun beberapa bukti menunjukkan Rudd telah menafikan hak pendatang asing terutamanya dari Carribean.

    Rudd yang memegang jawatan tersebut sejak 2016, dikatakan sekutu rapat kepada Perdana Menteri, Theresa May dalam usaha Britain ke arah rundingan Brexit. - AFP

    Subjects:

  • No Comment to " Menteri Dalam Negeri Britain Letak Jawatan "