• Mempertingkatkan Transformasi Luar Bandar Sarawak, Manifesto Terbaik BN

    Published: Wednesday, 11 April 2018
    A- A+


    Pembangunan luar bandar antara agenda berterusan Barisan Nasional bagi memastikan kawasan tersebut menerima pembangunan yang sepatutnya.

    Pelbagai aspek pembangunan direncana BN yang akan merapatkan jurang antara bandar dan luar bandar serta merancakkan lagi aktiviti ekonomi luar bandar.

    Dalam pengumuman manifesto BN pusat meletakkan pembangunan luar bandar menjadi keutamaan dan segala infrastruktur mencukupi dan memudahkan kehidupan penduduk luar bandar.

    BN menyasarkan 12,500 km jalan luar bandar akan dinaik taraf. Dengan jumlah tersebut, jalanraya luar bandar Sarawak akan bertambah baik serta memudahkan penduduk berhubung dengan kawasan lain.

    Manifesto BN turut memperuntukkan RM 2.3 bilion untuk meluaskan liputan bekalan elektrik dan kawasan luar bandar akan menikmati bekalan elektrik sepenuhnya.

    Di atas kerjasama yang baik antara BN pusat dan negeri, apa yang tercatit dalam manifesto akan mudah dilaksanakan kerana selama ini BN pusat dan negeri sering bersama-sama mempertingkatkan transformasi luar bandar Sarawak. 


    Subjects:

  • No Comment to " Mempertingkatkan Transformasi Luar Bandar Sarawak, Manifesto Terbaik BN "