• Media Mula Berkampung Di Istana Negara

    Published: Friday, 6 April 2018
    A- A+

    KUALA LUMPUR: Pekarangan Istana Negara pagi ini mula mendapat tumpuan pengamal media yang sedia berkampung menantikan ketibaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di sini.

    Kehadiran media seawal jam 6.45 pagi adalah berikutan desas-desus pembubaran parlimen hari ini.

    Najib dikatakan bakal menghadap Yang Di-Pertuan Agong XV Sultan Muhammad V, pagi ini bagi mendapat perkenan membubarkan parlimen bagi memberi laluan kepada proses PRU14 dilakukan.

    Dalam masa masa, Istana Negara masih mendapat kunjungan pelancong yang datang mengabdikan gambar kenangan di luar Istana Negara. - Sinar Harian

    Subjects:

  • No Comment to " Media Mula Berkampung Di Istana Negara "