• Masih Ramai Percaya Berita Tidak Benar, GST Bayar Hutang 1MDB

    Published: Friday, 6 April 2018
    A- A+


    Dah berkali pemimpin mahupun pihak 1MDB menjelaskan apa sebenarnya GST dan apa yang berlaku terhadap 1MDB tetapi masih ramai lagi yang percaya fitnah daripada pembangkang.

    Dua perkara berbeza dan tiada sangkut paut langsung terhadap apa yang berlaku dan disebar oleh pembangkang.

    Cukai GST dikutip bagi menggantikan sistem cukai SST yang begitu banyak ketirisan berlaku di mana kerajaan tidak mendapat kutipan hasil cukai sepatutnya.

    Lebih 170 negara di dunia mengguna sistem cukai GST yang terbukti mengukuh kewangan negara-negara berkenaan.

    Di Malaysia mungkin cukai gst berbeza sedikit kerana masih banyak lagi barang keperluan atau perkhidmatan yang tidak dikenakan gst dan ia bukanlah punca bebanan kos sara hidup rakyat.

    Sistem kutipan cukai gst lebih sistemetik dan telus kerana gst dapat mengawal aktiviti pembayar yang layak membayar cukai lari daripada tanggungjawab membayar cukai.

    Lagipun hasil kutipan dikembali kepada rakyat dalam bentuk pembangunan, bantuan dan sebagainya.

    Itulah fungsi utama gst dan ia tidak langsung digunakan untuk membayar hutang 1MDB seperti yang diwar-warkan oleh pembangkang.

    1MDB merupakan sebuah syarikat yang menjalankan perniagaan dan memiliki cara tersendiri mengurus kewangan syarikat.

    Apa yang berlaku terhadap 1MDB adalah kelemahan daripada tadbir urus dalaman syarikat sendiri.

    Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB Arul Kanda sudah berulangkali menjelaskan apa sebenarnya berlaku dalam 1MDB.

    Pembangkang mendakwa wang 1MDB sebanyak RM42 bilion hilang dan dicuri merupakan dakwaan yang tidak berasas.

    Arul menjelaskan RM42 bilion adalah hutang 1MDB dan tidak hilang dan tidak dicuri. 1MDB melakukan proses rasionalisasi bagi memperbetulkan keadaan.

    Selepas proses rasionalisasi, Arul menjelaskan hutang 1MDB pada masa ini hanya tinggal sebanyak RM31 bilion daripada RM42 bilion dan hutang tersebut dibayar dalam jangka masa panjang.

    Hutang tersebut dipadankan dengan aset jangka masa panjang seperti hartanah, pelaburan kewangan dan sebagainya.

    Jadi apabila pembangkang kata, duit gst digunakan untuk membayar hutang 1MDB merupakan satu fitnah.

    Aset 1MDB pada masa ini adalah berjumlah RM43 bilion dan hutang 1MDB adalah RM31 bilion.

     Jadi dalam hal ini, tidak perlu satu sen pun wang gst diperlukan untuk selesaikan hutang 1MDB.

    Aset 1MDB lebih mencukupi untuk menyelesaikan segala hutang 1MDB. 

    Memandangkan PRU14 akan berlangsung tidak lama lagi, isu sebegini masih menular bagi mengelirukan rakyat agar tidak mempercayai kerajaan sedang isu gst membayar hutang 1MDB adalah khabar angin dan berita tidak benar.

    Subjects:

  • No Comment to " Masih Ramai Percaya Berita Tidak Benar, GST Bayar Hutang 1MDB "