• Masih Cergas, Wan Junaidi Sedia Beri Kemenangan Kepada BN Jika Dicalon

    Published: Monday, 9 April 2018
    A- A+

    Masih cergas dan bersedia untuk dicalonkan semula pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), demikian kata penyandang kerusi parlimen Santubong, Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

    Wan Junaidi berkata, jika diberi kepercayaan oleh pucuk kepimpinan Barisan Nasional (BN), beliau cukup bersedia mempertahankan kerusi parlimen tersebut.

    "Tekan darah saya yang normal ketika diperiksa pegawai perubatan pada satu karnival di sini menjadi indikasi kesihatan saya berada pada tahap terbaik.

    "Saya masih cergas dan bersedia bertanding sekali lagi jika kepimpinan BN mencalonkan saya pada PRU14.

    "Tetapi saya menyerahkan nasib saya kepada mereka," katanya seperti yang dilaporkan The Borneo Post.

    Tambahnya, jika dicalonkan kembali dan menang, beliau berjanji akan terus memberi perkhidmatan terbaik kepada penduduk kawasan.

    Sementara itu menurutnya, jentera BN di parlimen Santubong yang merangkumi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjong Datu, Pantai Damai dan Demak Laut sudah bersedia 100 peratus bagi menghadapi ibu segala pilihan raya.

    "Semua jentera merangkumi sayap Bapa, Wanita dan Pemuda sudah bersedia dalam pelbagai aspek berkaitan PRU14.

    "Dengan kata lain, kita akan bekerjasa keras bagi memastikan Santubong kekal milik BN," ujarnya.-Sarawakiana




    Subjects:

  • No Comment to " Masih Cergas, Wan Junaidi Sedia Beri Kemenangan Kepada BN Jika Dicalon "