• Masih Ada Kerajaan Walaupun Parlimen Dibubar

    Published: Saturday, 7 April 2018
    A- A+

    Kerajaan tidak 'meletak jawatan' apabila parlimen dibubar, kata Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

    Berdasarkan model Westminster, beliau yang juga penyandang kerusi parlimen Santubong berkata, menteri masih menjalankan tanggungjawab sehingga keputusan pengundian diketahui dan pentadbiran baharu ditubuh.

    Malah menurutnya, persepsi tiada kerajaan selepas parlimen dibubar adalah tidak betul.

    Tambahnya, perdana menteri, timbalan perdana menteri, menteri dan timbalan menteri masih perlu menjalankan tugas masing-masing.

    "Ia adalah untuk mengelak berlaku kekosongan dalam menjalankan tanggungjawab sebagai menteri terutama berkaitan perundangan," katanya pada Majlis Penyerahan Zakat dari Exim Bank kepada 100 penerima di Surau Taman Sepakat Jaya hari ini.

    Ini akan mengelakkan kekosongan dalam tanggungjawab menteri terutamanya mengenai perkara yang berkaitan dengan undang-undang Malaysia, katanya.

    Wan Junaidi berkata, hanya ahli parlimen yang tidak ada kerana perlu diundi pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) nanti.

    Sementara itu, beliau menjelaskan, kawasan parlimen Santubong mencatatkan peningkatkan 8,000 pengundi baharu yang menjadikan keseluruhan 45,000 pengundi pada PRU14.

    Jelasnya, kawasan Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Datu, DUN Pantai Damai dan DUN Demak Laut merupakan kubu kuat Barisan Nasional (BN).

    "Semasa Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13), saya menang kerusi ini dengan majoriti 24,655 undi atau 85.57 peratus," ujarnya.-Sarawakiana

    Subjects:

  • No Comment to " Masih Ada Kerajaan Walaupun Parlimen Dibubar "