• #ManifestoBN: Najib senaraikan 4 perkara untuk dipertimbangkan apabila memilih kerajaan

    Published: Monday, 9 April 2018
    A- A+
    Tulisan asal oleh:
    New Straits Times, 8 April 2018

    TAWAU: Datuk Seri Najib Razak menggesa orang ramai untuk menentukan siapa yang boleh memberi mereka faedah yang paling banyak dan yang boleh memenuhi harapan dan aspirasi mereka melalui empat perkara untuk dipertimbangkan semasa membuat undi pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

    Najib, yang juga merupakan pengerusi Barisan Nasional, berkata perkara pertama yang perlu dipertimbangkan adalah siapa yang boleh memelihara keharmonian dan hubungan baik antara kaum, agama dan kepercayaan di Malaysia.

    Ini, katanya, diikuti oleh aspek kedua, iaitu siapa yang dapat memastikan kestabilan negara. Aspek ketiga dan keempat, katanya, ada siapa yang dapat menjamin keamanan dan juga pembangunan ekonomi.

    "Pertama, kita perlu menilai siapa yang boleh memelihara keharmonian di negara ini, hubungan erat kita antara semua kaum, agama dan budaya, semuanya bersatu dengan ikatan tunggal.

    "Kedua, kita harus mempertimbangkan siapa yang boleh memastikan kestabilan negara, kerana dengan kestabilan politik, kita boleh mencapai apa saja. Tanpa kestabilan politik, tidak akan ada pembangunan, tanpa hubungan yang baik di antara negeri-negeri dan kerajaan persekutuan, tidak mungkin kita dapat membangunkan Sabah.

    "Ketiga, kita harus memikirkan siapa yang boleh memelihara kedamaian. Saya berada di sini untuk memberitahu anda bahawa keamanan Sabah, termasuk di pantai timur, akan terus dipelihara oleh kerajaan. Kami akan melindungi setiap penduduk Sabah dan mempertahankan setiap pelusuk Sabah," katanya.

    Najib bercakap pada pelancaran Festival Kebudayaan Antarabangsa Tawau ke-7, yang dihadiri kira-kira 20,000 orang di Dataran Majlis Perbandaran Tawau (MPT), di sini pada hari Ahad.

    Turut hadir ialah isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor; Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman dan isteri, Puan Sri Faridah Tussin; Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Yahya Hussin; dan Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah, Datuk Syed Abas Syed Ali.

    Sementara itu, Najib berkata beliau memegang teguh pada prinsip bahawa peningkatan pendapatan negara melalui pelbagai sumber, termasuk Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), cukai individu dan korporat, harus digunakan dengan cara yang terbaik termasuk dengan mengagihkannya kepada rakyat yang paling memerlukannya.

    Beliau berkata kerana berasaskan kepada prinsip ini, beliau telah mengumumkan - pada pelancaran manifesto BN pada hari Sabtu - peningkatan pembayaran Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kepada RM2,000 tahun ini, berbanding RM1,200 sebelum ini. RM800, katanya, akan diagihkan pada bulan Jun dan Ogos.

    "Malam ini, saya ingin mengatakan satu perkara. Saya berpegang teguh kepada falsafah bahawa jika pendapatan negara meningkat, kita mesti mengagihkan kekayaan ini kepada rakyat dan membantu mereka yang memerlukannya.

    "Itulah sebabnya apabila saya melihat hasil kerajaan meningkat, saya berkata, sebagai kerajaan, kita tidak menyimpan (pendapatan) ini untuk diri sendiri, kita memberikannya kembali kepada rakyat.

    "Saya ingin memberitahu (pembangkang), jangan bermain dengan isu GST dan kos hidup jika anda tidak mempunyai sebarang jawapan. Kami (BN) memberi jawapan kami malam tadi melalui pengumuman kami mengenai peningkatan dalam lima kategori BR1M,” katanya.

    Terdahulu, Najib telah menyuarakan kesedihannya terhadap pemergian anggota Dewan Undangan Negeri Apas, Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan, bulan lepas. Beliau menyifatkan Tawfiq sebagai pemimpin dan rakan yang telah banyak memberi sumbangan terhadap rakyat khususnya di Tawau.

    Mengenai festival tersebut, Najib berkata ia merupakan satu inisiatif yang boleh dibanggakan oleh Sabah kerana ia mempamerkan keindahan dan keunikan dari kira-kira 35 kumpulan etnik dan 217 kumpulan sub-etnik di negeri ini, yang mana 29 daripadanya adalah dari Tawau.

    "Ini adalah kekayaan Sabah yang dibanggakan seluruh negara. Festival ini juga menunjukkan bahawa industri pelancongan di Sabah berkembang dengan baik."

    Link asal artikel:
    https://www.nst.com.my/news/politics/2018/04/354974/najib-lists-out-4-points-ponder-when-choosing-government

    Subjects:

  • No Comment to " #ManifestoBN: Najib senaraikan 4 perkara untuk dipertimbangkan apabila memilih kerajaan "