• Manifesto BN Untuk Rakyat, Pakatan Harapan Untuk Kuasa

    Published: Monday, 9 April 2018
    A- A+

    KUALA LUMPUR: Manifesto Barisan Nasional (BN) yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak Sabtu lalu terbukti bersifat inklusif dan menyentuh semua golongan di setiap negeri berbanding jani lawan yang hanya satu manifesto bagi meraih undi.

    Bekas Setiausaha Kerja PPBM, Kamarul Azman Habibur Rahman berkata, sifat inklusif yang terserlah dalam manifesto kali ini membuktikan ia bukan sekadar dokumen untuk menang pilihan raya, sebaliknya sebuah perancangan jitu untuk memakmurkan kehidupan keseluruhan rakyat Malaysia.

    “Ini ternyata berbeza dengan manifesto Pakatan Harapan diketuai DAP yang disediakan semata-mata untuk memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

    “Perbezaan jelas antara BN dengan Pakatan Harapan, di mana BN merancang untuk rakyat manakala Pakatan Harapan merancang demi kuasa,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

    Mengulas lanjut, Kamarul Azman menyimpulkan kelemahan terbesar dalam manifesto Pakatan Harapan adalah pada sifat populis janji-janji yang ditawarkan yang menyebabkan orang ramai sukar untuk mempercayai mereka.

    Katanya, calon Perdana Menteri sementara pakatan tersebut, Tun Dr. Mahathir Mohamad sendiri pernah berkata, begitu mudah untuk berjanji ketika belum memegang kuasa.

    “Sebab itu mereka boleh berjanji bermacam-macam perkara tanpa memikirkan kemampuan mereka untuk melunaskan janji-janji tersebut,” ujarnya.- UTUSAN ONLINE

    Subjects:

  • No Comment to " Manifesto BN Untuk Rakyat, Pakatan Harapan Untuk Kuasa "