• #Manifesto BN: PM Umum Tambahan Bayaran BR1M

    Published: Saturday, 7 April 2018
    A- A+

    KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan tambahan bayaran Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kepada semua penerima sedia ada serta mewujudkan satu lagi kategori penerima baharu.

    Perdana Menteri membuat pengumuman itu pada majlis pelancaran Manifesto Barisan Nasional (BN) untuk Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) di Axiata Arena, Bukit Jalil di sini malam ini.

    Menurut beliau, bagi isi rumah berpendapatan RM3,000 ke bawah, bayaran BRIM pada Jun dan Ogos ini akan ditingkatkan masing-masing kepada RM800 sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan RM2,000.

    "Bagi isi rumah berpendapatan antara RM3,000 hingga RM4,000, pembayaran pada Jun dan Ogos ini akan ditingkatkan masing-masing kepada RM600, jumlah pemberian BR1M dari RM900 meningkat kepada RM1,500.

    "Untuk individu bujang berpendapatan RM2,000 ke bawah, BR1M yang dibayar RM450 pada Februari lalu akan ditambah RM150 lagi, jadi RM600," katanya.

    Selain itu, Perdana Menteri memberitahu, kategori baharu iaitu isi rumah berpendapatan antara RM4,000 hingga RM5,000 sebulan akan menerima bayaran RM700 yang dibayar pada Jun dan Ogos ini.

    Beliau turut mengumumkan bayaran secara one-off sebanyak RM1,500 kepada anak-anak penerima BR1M yang berjaya mendaftar di institusi pengajian tinggi. - UTUSAN ONLINE


    Subjects:

  • No Comment to " #Manifesto BN: PM Umum Tambahan Bayaran BR1M "