• Manifesto BN Komited Majukan Masyarakat Dayak Sarawak

    Published: Monday, 9 April 2018
    A- A+

    Politik Sarawak pada masa kini sering dimomok oleh isu yang sering dikaitkan dengan kaum Dayak yang kononnya tidak mendapat pembelaan daripada kerajaan Barisan Nasional (BN).

    Manifesto BN PRU13 yang lepas turut menyentuh tentang pembangunan kaum Dayak dan telah pun dilaksanakan dan tertunai.

    Manifesto BN PRU14 sekali lagi kaum Dayak diberi perhatian serius. Masyarakat Dayak begitu mengutamakan sejarah dan kepimpinan BN menerusi Pengerusi Datuk Seri Najib Tun Razak akan melaksanakan program dana khas aktiviti menyukat tanah adat dan usahawan masyarakat Dayak.

    Betapa rasionalnya BN dalam menangani hak pemilikan tanah adat bagi masyarakat Dayak tanpa membebani rakyat dalam kos menyukat tanah adat.

    Hal sebegini perlu direbut masyarakat Dayak negeri ini. Pada masa sama, BN inginkan masyarakat Dayak terlibat dalam bidang keusahawanan terutama dalam industri pertanian.

    Pemilikan hak tanah adat tidak akan dipersiakan apabila program keusahawan sebegini dilaksanakan untuk masyarakat.-Sarawakiana

    Subjects:

  • No Comment to " Manifesto BN Komited Majukan Masyarakat Dayak Sarawak "