• Manifesto BN Bukan Kejar Undi - Najib

    Published: Sunday, 8 April 2018
    A- A+

    KUALA LUMPUR: Manifesto Barisan Nasional (BN) bukan bertujuan mengejar undi tetapi mementingkan rakyat dan negara, kata Pengerusi BN Datuk Seri Najib Razak.

    Beliau berkata manifesto itu juga bukan untuk menabur gula-gula, harapan palsu dan janji populis.

    "Sebaliknya, Barisan Nasional sentiasa mendahulukan rakyat dan meletakkan kepentingan negara sebagai asas utama," kata Najib yang juga Perdana Menteri dalam catatan terbaharu blog beliau, malam ini.

    Najib juga menegaskan segala yang disenaraikan itu mampu dicapai, boleh dilaksanakan dan akan memastikan negara terus membangun, lebih maju dan berjaya.

    Beliau berkata manifesto itu meliputi setiap pelosok tanah air, dari Perlis ke Johor, Sabah dan Sarawak dan tiada kawasan yang ditinggalkan.

    "Setiap lapisan masyarakat, tanpa mengira agama, kaum, kepercayaan, taraf pendidikan atau latar belakang, tiada sesiapapun yang akan terlepas pandang," katanya mengenai manifesto BN yang yang dilancarkan malam ini.

    Beliau berkata manifesto itu bukan sahaja menawarkan kesinambungan semua pencapaian Malaysia, tetapi juga untuk menjadikan negara lebih hebat dan berjaya.- BERNAMA

    Subjects:

  • No Comment to " Manifesto BN Bukan Kejar Undi - Najib "