• #Manifesto BN: 1 Juta Usahawan Digital Akan Diwujudkan

    Published: Saturday, 7 April 2018
    A- A+

    KUALA LUMPUR: Sebanyak satu juta usahawan digital akan diwujudkan dalam tempoh lima tahun dalam usaha negara menuju ke arah kerajaan digital.

    Itu adalah antara janji yang terkandung dalam Manifesto Barisan Nasional (BN) untuk Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang bertemakan 'Bersama BN Hebatkan Negaraku' dilancarkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak malam ini.

    BN selain itu berjanji akan merekayasakan ekosistem ekonomi digital melalui geran permulaan dan dana pembangunan teknologi.

    Pelbagai aplikasi dalam talian akan ditambah selaras dengan usaha kerajaan menuju ke arah kerajaan digital termasuk memperkenalkan aplikasi 'iKepoh' untuk membolehkan orang awam membuat aduan kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) melalui telefon pintar.

    Bagi memperkasakan digital, BN turut berjanji:

    - Mewujudkan sekurang-kurangnya satu Pusat Internet di setiap Dewan Undangan Negeri untuk kegunaan masyarakat.

    - Memperkenalkan Sistem Pembantu Rumah Dalam Talian bagi mengurangkan kos pengambilan pembantu rumah asing.

    - Mewujudkan sistem maklumat bantuan rakyat Malaysia - B40 Window - bagi memastikan tiada ketidakadilan dalam pemberian bantuan.

    - Memacu negara ke arah Revolusi Industri 4.0 untuk mencerakinkan data besar.

    - Merealisasikan sasaran sumbangan ekonomi digital sebanyak 25 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) menjelang 2023

    - Meningkatkan ketelusan PBT dengan mewajibkan siaran langsung setiap kali ahli-ahli majlis bermesyuarat.

    - Mendedahkan laporan audit tahunan PBT untuk tatapan awam.

    - Mewajibkan Town Hall bersama penduduk secara berskala yang akan dilaksanakan oleh PBT.

    - Merealisasikan transformasi PBT dengan mengaplikasikan keterbukaan maklumat.

    - Mewujudkan Ombudsman untuk menyiasat sebarang aduan awam mengenai ketidakadilan dan kelemahan perkhidmatan kementerian, jabatan dan agensi kerajaan.

    - Menggubal Akta Berita Palsu bagi menjaga keharmonian dan ketenteraman awam serta kestabilan ekonomi

    - Menggubal Akta Dana Politik bagi memantau sumbangan dan perbelanjaan parti-parti politik di Malaysia

    - Menubuhkan Jawatankuasa Terpilih Parlimen dalam memperhalusi serta memberi maklum balas isu-isu kepentingan awam.-BERNAMA

    Subjects:

  • No Comment to " #Manifesto BN: 1 Juta Usahawan Digital Akan Diwujudkan "