• Mahkamah Benarkan Lelaki Bernama 'Kentut' Tukar Nama

    Reporter: uMieySurianie
    Published: Tuesday, 24 April 2018
    A- A+


    MAHKAMAH Negeri Tangerang, Indonesia telah menunaikan permintaan seorang ayah untuk secara rasmi mengubah namanya dari Kentut ke Ihsan Hadi berikutan aduan dari anaknya.

    Lapor Jakarta Post, Hakim Elly Istianawati, membaca keputusannya pada Isnin, yang mana Ihsan menerima dengan melakukan sujud syukur beberapa kali di kamar mahkamah.

    "Alhamdulillah, mahkamah membenarkan permintaan saya untuk menukar nama, saya sangat gembira, saya akan berasa lebih yakin dan anak saya tidak akan berasa malu lagi kerana bapanya sekarang mempunyai nama yang cantik,” kata penjual mi berusia 30 tahun itu.

    Ihsan berkata anak lelakinya sering enggan ke sekolah kerana selalu diejek rakan-rakannya.

    Menurut Ihsan, bapanya, tanpa sebab yang jelas, memutuskan untuk menamakannya Kentut ketika dia dilahirkan iaitu pada tahun 1988 di Surakarta, Jawa Tengah.

    Ihsan berkata sejak dari kecil lagi dia mahu mengubah namanya tetapi tiada seorang pun di kampungnya tahu prosedur undang-undang.

    "Jadi saya terpaksa hidup dengan nama itu selama bertahun-tahun," kata Ihsan. - Awani

    Subjects:

  • No Comment to " Mahkamah Benarkan Lelaki Bernama 'Kentut' Tukar Nama "