• Mahathir Umum Syed Saddiq Calon Di Muar

    Published: Sunday, 8 April 2018
    A- A+

    MUAR: Ketua Pemuda PPBM, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman diumumkan sebagai calon Pakatan Harapan bagi Parlimen Muar dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

    Pengumuman itu dilakukan Tun Dr. Mahathir Mohamad dalam satu ceramah di Parit Jawa, di sini sebentar tadi.

    Turut diumumkan, Timbalan Presiden PAN, Salahuddin Ayub sebagai calon di kerusi Parlimen Simpang Renggam.

    Sementara Ketua Wanita PAN negeri, Norhayati Bachok dan Ketua PAN Ledang, Faizul Amri Adnan masing-masing sebagai calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Maharani dan Serom.- Utusan Online

    Subjects:

  • No Comment to " Mahathir Umum Syed Saddiq Calon Di Muar "