• Mahathir Sanggup Panjat Tangga Demi Mengejar Kuasa

    Published: Monday, 16 April 2018
    A- A+
    Baru baru ini tersebar gambar Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Mahathir Mohamad sedang memanjat tangga untuk menaiki pentas bagi menyampaikan ucapan. Lihat gambar ini :
    https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1838063286214140&id=697192853634528

    Bagi penyokong yang memujanya, mereka menganggap Mahathir penuh bersemangat dan sanggup bersusah payah walaupun sudah tua. Bersemangat apanya, lepas "rabat" tangga, terus terlena atas pentas.

    Namun hakikatnya, kesian melihat Mahathir dalam keadaan demikian. Pada usia 93 tahun beliau 'diusung' ke sana sini oleh DAP untuk berkempen. Sebab itulah apabila ramai yang melihat Mahathir sebagai boneka kepada DAP, penyokong tegar Mahathir sangat marah dengan label itu.

    Hendak marah buat apa, memang Mahathir boneka DAP pun. Itulah hakikatnya. Walaupun beliau memandu kereta Porshe dalam hujan dan menunggang kuda, namun itu bukan petunjuk mengenai khudrat Mahathir yang sebenar.

    Selama 22 tahun jadi PM, tidak nampak pula Mahathir sanggup panjat tangga sampai macam itu sekali. Tetapi demi DAP, sanggup pula Mahathir buat begitu.

    Keletihan yang dialami oleh Mahathir itu dapat dilihat dengan jelas apabila beliau terlelap ketika sedang duduk di atas pentas.

    Jika dulu beliau mengutuk Tun Abdullah Ahmad Badawi (Pak Lah) kerana tertidur dan mengejek beliau sebagai `Gus Dur' iaitu bekas Presiden Indonesia kerana sering terlelap pada majlis rasmi, kini giliran Mahathir pula.

    Gambar Mahathir yang tertidur di atas pentas telah tersebar sekali gus membuktikan Mahathir sudah tidak ada lagi kudrat untuk berkhidmat sebagai wakil rakyat.

    Pada usia berkenaan, eloklah beliau berehat bersama cucu sahaja. Dulu kutuk Nik Aziz tua dan masih gila kuasa. Sekarang ini Mahathir gila kuasa lebih teruk dari itu.

    Banyak benda yang Mahathir sudah terlupa, apatah lagi jika diberikan tugas berat sebagai Perdana Menteri.

    Jika kedai roti The Loaf pun Mahathir sudah terlupa bahawa beliau pernah memiliki saham di dalamnya, inikan pula dasar-dasar negara kelak. DAP lah yang jadi raja nanti, Mahathir duduk lena di IJN sahaja.

    Mat Sabu sudah beritahu kerja Mahathir sebagai PM adalah untuk pegang pen sahaja. Jadi DAP yang buat keputusan, Mahathir tukang "sign" dan lulus. Lingkup habis negara ini kalau begitu.

    Cuma satu sahaja yang Mahathir tidak akan terlupa, iaitu meletakkan kesalahan ke atas orang lain. Dalam hal ini Mahathir sangat bijak. Contoh dalam isu kerugian Bank Negara akibat urus niaga matawang asing (Forex), tragedi Memali, Ops Lalang dan banyak lagi, itu semua Mahathir salahkan pihak lain.

    Itu satu perkara yang Mahathir tidak akan lupa, iaitu penyakit menyalahkan orang lain.Cukup-cukuplah Mahathir. Bagilah peluang dekat orang lain yang masih sihat dan tidak nyanyuk sepertinya. Dosa Mahathir sudah terlalu banyak dah. Jangan menambah dosa lagi untuk rakyat Malaysia.

    #SinsOfMahathir
    #DosaMahathir

    Tulisan :
    Beruang Biru
    BB869, Isnin
    16 April 2018

    Subjects:

  • No Comment to " Mahathir Sanggup Panjat Tangga Demi Mengejar Kuasa "