• Lelaki Dibunuh Selepas Dituduh Bunuh Dukun

    Reporter: uMieySurianie
    Published: Monday, 23 April 2018
    A- A+

    SEORANG lelaki Kanada, Sebastian Paul Woodroffe, telah dibunuh dengan kejam oleh penduduk di Amazon selepas dia dituduh membunuh seorang `dukun’ wanita, Olivia Arevalo Lomas, yang berusia 81 tahun.

    Olivia yang berasal dari puak Shipibo-Conibo tribe, ditembak sebanyak dua das pada Khamis lalu.

    Sebastian, 41, yang dipercayai salah seorang pelanggan Olivia, ditemui mati keesokan harinya. Mayat Sebastian ditanam kira-kira 1km dari rumah Olivia.

    Pembunuhan itu dikesan selepas rakaman video melalui telefon bimbit yang memaparkan bagaimana Sebastian mengerang kesakitan sebelum seorang lelaki melilit lehernya dengan tali dan mengheretnya, telah dimuatnaik ke media sosial.

    Setakat ini tiada tangkapan dilakukan namun pendakwaraya berikrar akan memburu pembunuh Olivia dan Sebastian.

    Bedah siasat yang dijalankan ke atas Sebastian mendapati dia dipukul dan maut selepas dijerut dengan tali sementara kematian Olivia pula telah mencetuskan kemarahan ramai di Peru. – MYNEWSHUB.CC

    Subjects:

  • No Comment to " Lelaki Dibunuh Selepas Dituduh Bunuh Dukun "