• Lagi pegawai keselamatan tertinggi Trump letak jawatan

    Reporter: Admin
    Published: Thursday, 12 April 2018
    A- A+
    WASHINGTON 12 April - Timbalan Penasihat Keselamatan Negara Presiden Donald Trump meletak jawatan semalam, pegawai kanan ketiga meninggalkan Majlis Keselamatan Negara sejak ketibaan John Bolton, minggu ini.

    Nadia Schadlow meletak jawatan selepas kurang tiga bulan memegang jawatan itu dengan memainkan peranan utama merangka strategi keselamatan negara Amerika Syarikat (AS).

    “Pentadbiran merakamkan perhargaan kepada Dr. Schadlow di atas perkhidmatan dan kepimpinan dalam merangka strategi keselamatan negara Presiden, ‘Amerika First’,” kata jurucakap White House, Raj Shah. - AFP


    Subjects:

  • No Comment to " Lagi pegawai keselamatan tertinggi Trump letak jawatan "