• Kesemua Anak Lelaki, Yang Ke-14 Diberi Nama 'Sheboygan'

    Reporter: Dayyan Mikhail
    Published: Monday, 23 April 2018
    A- A+

    Tiga belas anak lelaki dan kini pasangan suami isteri ini mempunyai anak yang ke-14, juga lelaki.

    Pasangan dari Michigan, Amerika Syarikat ini, Kateri dan Jay Schwandt melihatnya sebagai satu perkara lucu.

    Anak mereka yang ke-14 telah dinamakan Sheboygan, mengambil nama seorang penduduk asal Amerika yang mempunyai ramai anak lelaki, kata Schwandt.

    Schwandt memberitahu media AS, menurut cerita orang dulu-dulu, apabila bayi pasangan itu mendapati bayi yang keluar ‘sekali lagi lelaki’, bapanya telah menamakan anaknya itu ‘Sheboygan’ (she is a boy again).

    Nama penuh anak bongsu pasangan ini adalah Finley Sheboygan Schwandt.

    Schwandt mendakwa walau tiada anak perempuan, mereka merancang untuk tidak mempunyai anak ke-15 walaupun dia menyatakan perkara sama sebelum ini.

    Anak sulung pasangan itu dilahirkan lebih dari 25 tahun lalu.

    Dokumentari mengenai keluarga ini akan disiarkan pada bulan Jun. – USA Today Network/mStar Online

    Subjects:

  • No Comment to " Kesemua Anak Lelaki, Yang Ke-14 Diberi Nama 'Sheboygan' "