• Kes Rogol Asifa Bano: Semua Suspek Mengaku Tidak Bersalah

    Reporter: uMieySurianie
    Published: Tuesday, 17 April 2018
    A- A+


    JAMMU - INDIA. Tujuh lelaki yang didakwa merogol dan membunuh seorang kanak-kanak perempuan Islam berusia lapan tahun di Khatua, muncul di mahkamah semalam bagi sesi pertama pendengaran kes yang mencetuskan kemarahan di seluruh negara.

    Kesemua tertuduh mengaku tidak bersalah dan meminta hakim supaya ujian pengesan bohong dan ujian air kencing dijalankan ke atas mereka.

    Sementara itu, suspek kelapan yang merupakan individu bawah umur telah mengemukakan permohonan ikat jamin kepada Ketua Hakim Negara.

    Ketika perbicaraan berlangsung dalam mahkamah, ahli keluarga suspek mencetuskan kekecohan dan mereka menuntut campur tangan Biro Penyiasatan Pusat (CBI).

    "Kami mahu kes ini disiasat oleh CBI. Cara lain kami tak boleh terima dan jika disabit bersalah kami redha," kata Madhu Sharma anak perempuan kepada salah seorang suspek.

    Suspek dan perancang utama kes tersebut, Sanji Ram pula mendakwa mereka dipaksa membuat pengakuan bersalah ketika proses soal siasat.

    "Saya dipukul dan dipaksa membuat pengakuan oleh anggota penyiasat. Jadi, saya mahu kes ini disiasat CBI dan mahu ujian air kencing bagi membuktikan kami mengambil dadah," katanya.

    Media tempatan melaporkan, mangsa dikenali sebagai Asifa Bano dirogol berulang kali ketika ditahan selama lima hari di bandar Kathua di Jammu, termasuk di sebuah kuil.

    Seramai lapan orang ditahan berhubung kes pembunuhan itu termasuk empat anggota polis dan seorang individu bawah umur. Semua suspek beragama Hindu.

    Menurut kertas pertuduhan, mangsa diculik oleh suspek bawah umur dan rakan sejenayah.

    Kanak-kanak perempuan itu dipaksa mengambil ubat pelali dan sepanjang tempoh lima hari, mangsa dirogol berulang kali oleh kesemua suspek.

    Mangsa kemudiannya dicekik dan dipukul menggunakan seketul batu.

    Kertas pertuduhan juga menyatakan salah seorang penyerang merogol mangsa sebelum kanak-kanak itu meninggal dunia. - NDTV

    Subjects:

  • No Comment to " Kes Rogol Asifa Bano: Semua Suspek Mengaku Tidak Bersalah "