• Kerajaan BN Janji Tambahbaik Kualiti Kesihatan Negara

    Reporter: uMieySurianie
    Published: Tuesday, 24 April 2018
    A- A+


    PUTRAJAYA - Kerajaan Barisan Nasional (BN) berjanji terus menambahbaik kualiti kesihatan negara sekiranya diberi mandat mentadbir bagi tempoh lima tahun akan datang.

    Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan tidak omong-omong kosong dalam merealisasikan bidang kesihatan untuk rakyat selama ini.

    “Ini jelas terbukti menerusi peruntukan kewangan RM27 bilion dalam Bajet 2018, sebelum ini kerajaan memperuntukkan hampir RM26 bilion pada 2017.

    “Kita lakukan pelbagai penambahbaikan dan lonjakan daripada segi perkhidmatan kesihatan, antaranya mencapai seorang doktor untuk 400 penduduk menjelang 2030,” katanya ketika berucap dalam Majlis Perasmian Institut Kanser Negara (IKN) di sini hari ini.

    Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam dan Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah. - UTUSAN ONLINE

    Subjects:

  • No Comment to " Kerajaan BN Janji Tambahbaik Kualiti Kesihatan Negara "