• Kenderaan Calon BN Bandar Kuching Jadi Mangsa Politik Ganas

    Reporter: Admin
    Published: Sunday, 29 April 2018
    A- A+

    Budaya politik ganas tidak hanya berlaku di Semenanjung, malah terbukti semakin menular ke negeri ini apabila kenderaan khas untuk kegunaan kempen calon Barisan Nasional (BN) Bandar Kuching Kho Teck Wan turut dipecahkan dan disyaki perbuatan khianat pihak tertentu.

    Kejadian khianat itu dipercayai berlaku malam tadi ketika kenderaan tersebut disimpan di rumah pembantu kepada Kho Teck Wan.

    Menurut sumber, pelekat yang berupa slogan dan simbol parti SUPP pada kenderaan itu baru sahaja selesai dipasang petang semalam sebelum dibawa ke rumah pembantu Kho untuk kegunaan aktiviti kempen yang dijadual bermula hari ini.

    "Pembantu Kho hanya menyedari cermin belakang kenderaan tersebut telah dipecahkan awal pagi tadi.

    "Meskipun Kuching terkenal sebagai Bandaraya Perpaduan, jelas sekali budaya politik melampau sedang menular di sini," katanya yang enggan dinamakan.

    Katanya, golongan berkenaan tidak memahami erti sebenar demokrasi, jauh sekali untuk mengamalkan politik matang.

    "Mereka mahu menakutkan-nakutkan pihak lain dengan bertindak ganas, seolah-olah kita masih berada di zaman komunis," tambahnya.

    Beliau bagaimanapun menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk bertindak, berikutan satu laporan Polis telah dibuat membabitkan kejadian tersebut. - Sarawakiana






  • No Comment to " Kenderaan Calon BN Bandar Kuching Jadi Mangsa Politik Ganas "