• Kempunan RM3 juta, suami isteri rugi RM16,300

    Reporter: Admin
    Published: Monday, 2 April 2018
    A- A+
    KUANTAN 2 April - Lagi kes Macau Scam di negeri ini.

    Kali ini melibatkan pasangan suami isteri dari Bentong dekat sini yang kerugian sebanyak RM16,300 untuk bayaran parcel mengandungi wang tunai sebanyak RM3,092,800 (USD800,000) yang tidak wujud.

    Kejadian bermula apabila seorang lelaki berusia 63 tahun menggunakan laman sosial Facebook milik isterinya ber-balas mesej dengan kenalan bernama Ismail Haman pada awal Januari lalu.

    Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial negeri, Superintenden Mohd. Wazir Mohd. Yusof berkata, suspek menawarkan hadiah berupa sebuah bungkusan mengandungi wang tunai namun mangsa perlu membayar wang pelepasan sebanyak RM3,800.

    “Suspek menggunakan modus operandi sama seperti kes-kes Macau Scam lain menyatakan bungkusan telah sam-pai tetapi mangsa perlu membayar wang kononnya untuk pelepasan kastam.

    “Beberapa kali mangsa melakukan transaksi melalui deposit tunai di sebuah bank dan terakhir kelmarin dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM16,300 sehingga menyedari ditipu,” katanya di sini hari ini.

    Menurut Mohd. Wazir, siasatan dilakukan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan beliau menasihatkan orang ramai supaya lebih berhati-hati serta tidak mudah terperdaya dengan tawaran hadiah atau wang tunai di media sosial. - UTUSAN ONLINE


    Subjects:

  • No Comment to " Kempunan RM3 juta, suami isteri rugi RM16,300 "