• Kembalikan Kegemilangan Sepak Takraw - Dr Abdul Rahman

    Reporter: Dayyan Mikhail
    Published: Sunday, 22 April 2018
    A- A+

    KUCHING: Kemodenan sukan yang ada sekarang tidak sepatutnya menjadikan sukan tradisi seperti sepak takraw hilang ditelan zaman.

    Sehubungan itu, Menteri Muda Utiliti, Dr Abdul Rahman Junaidi berkata, generasi sekarang perlu dipupuk minat dengan sepak takraw bermula dari bangku sekolah rendah.

    "Kita harus pastikan generasi muda yang ada di kampung diketengahkan dengan sukan ini," katanya ketika merasmikan Kejohanan Sepak Takraw Jemputan Pergerakan Pemuda PBB Ranting Santubong di sini, hari ini.

    Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Damai memuji usaha Pergerakan Pemuda PBB Ranting Santubong yang menganjurkan kejohanan itu bagi menggembalikan kegemilangan sukan tradisi tersebut.


    Dr Abdul Rahman menambah, sukan tradisi berkenaan suatu ketika dahulu diminati ramai dan dimainkan hampir disetiap kampung.

    "Sukan ini dapat memupuk semangat perpaduan dan setiakawan dikalangan pemainnya.

    "Sekarang sukan ini tenggelam oleh sukan moden seperti futsal, street soccer, bola baling dan petanque," ujarnya.

    Sebanyak 12 pasukan menyertai kejohanan sepak takraw anjuran Pergerakan Pemuda PBB Ranting Santubong.-Sarawakiana

    Subjects:

  • No Comment to " Kembalikan Kegemilangan Sepak Takraw - Dr Abdul Rahman "