• Kehadiran calon wanita dalam PRU14 amat penting - Shahrizat

    Published: Friday, 6 April 2018
    A- A+
    Foto BERNAMA

    KUALA NERUS: Ketua Pergerakan Wanita UMNO Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil berkata kehadiran calon wanita dalam pilihan raya umum ke-14 (PRU14) amat penting berikutan peratusan pengundi yang tinggi di kalangan wanita.

    "Saya tahu memang susah nak namakan calon..bukan sahaja wanita tetapi juga kaum bapa pun...ini menjadi satu cabaran kepada Menteri Besar dan Pengerusi Perhubungan negeri-negeri. Namun saya berharap kali ini seeloknya ada calon di Parlimen dan juga peringkat negeri," katanya.

    Katanya perkara itu telah dibincangkan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan beliau sedang menunggu keputusan berhubung jumlah calon wanita yang akan diketengahkan.

    Pergerakan itu mensasarkan 30 peratus pencalonan adalah wanita berbanding hanya 10 peratus sebelum ini, katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian JR Plus Negeri Terengganu dan Jentera PRU14 Wanita peringkat negeri yang disempurnakan Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman.

    Shahrizat berkata kehadiran calon wanita adalah sebagai simbol penghargaan terhadap usaha yang dimainkan Pergerakan Wanita selama ini.- BERNAMA

    Subjects:

  • No Comment to " Kehadiran calon wanita dalam PRU14 amat penting - Shahrizat "