• Kaum Dayak Tidak Dipinggir, Dapat Perhatian BN

    Published: Monday, 9 April 2018
    A- A+

    Umum mengetahui, Barisan Nasional (BN) yang mentadbir kerajaan ketika ini amat menitik beratkan masyarakat berbilang kaum di Malaysia.

    Manifesto BN untuk Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) juga amat menarik apabila kaum Dayak di Sarawak menjadi fokus untuk diperkasa.

    Konsep pemerkasaan itu merangkumi program khas dan bantuan dana bagi menyukat tanah Hak Adat Bumiputera (NCR), membantu usahawan Dayak serta pengajaran bahasa.

    Bukan itu sahaja, peruntukan khas turut diberikan untuk melatih tenaga pengajar dan keperluan bahan pengajaran Bahasa Iban seterusnya disalurkan kepada Unit Bahasa Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak.

    Bukan itu sahaja, bilangan pegawai yang berkaitan dengan perkhidmatan Bahasa Iban di Kementerian Pendidikan dan Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak juga ditambah.

    Malah BN dalam manifestonya turut menyokong usaha kerajaan Sarawak melaksanakan program di bawah Unit For Other Religion (UNIFOR).

    Keadaan terbaru ini membuktikan, BN yang diterajui Datuk Seri Najib Tun Razak sentiasa peka dan memberi perhatian kepada kaum Dayak di Sarawak.-Sarawakiana





    Subjects:

  • No Comment to " Kaum Dayak Tidak Dipinggir, Dapat Perhatian BN "