• Kanak-Kanak Sakit Leukimia Ditinggal Ibu

    Reporter: uMieySurianie
    Published: Tuesday, 24 April 2018
    A- A+

    KANAK-kanak ini bukan sahaja terpaksa bertarung dengan penyakit leukimia yang dialaminya tetapi dia juga bergelut dengan perasaan rindu terhadap ibunya.

    Wanita itu, telah meninggalkan Gong Miao atau nama gelarannya Miaomiao, selepas kanak-kanak itu disahkan menghidap penyakit berkenaan.

    Gong Miao, yang berusia sembilan tahun ditinggalkan ibunya selepas tiga bulan disahkan menghidap leukimia pada Mac 2017.

    Dia menyedari ibunya menghilangkan diri selepas wanita itu tidak menemani Gong Miao di hospital dan langsung tidak menghubungi anaknya.

    Mengejutkan selepas itu, ibunya melawat Gong Miao selama beberapa hari pada Tahun Baru Cina sebelum menghilangkan diri semula.

    Kini harapannya untuk bertemu ibunya semakin pudar malah Gong Miao yang begitu kecewa dengan wanita tersebut, telah mengoyak semua gambar ibunya.

    Dia kini menerima rawatan kimoterapi di Hospital Harbin di Utara China. Ketika menjalani rawatan sebelum ini, Gong Miao telah mengalami jangkitan paru-paru.

    Dalam pada itu, bapanya, Gong Deqing berkata, isterinya itu melarikan diri kerana enggan bertanggungjawab terhadap perubatan anak mereka. Gong tiada pilihan dan terpaksa menjaga anaknya selepas wanita tersebut meninggalkan mereka.

    Gong kini terpaksa mencari wang untuk membayar perubatan anaknya itu. Kebanyakan wang yang ada sebelum ini dipinjam daripada kawan, keluarga dan syarikat pinjaman wang.

    Dia memperolehi pendapatan dengan bekerja atas kapal dan kini terpaksa berkerja tambahan di tapak pembinaan semata-mata untuk membayar hutang. – MYNEWSHUB.CC

    Subjects:

  • No Comment to " Kanak-Kanak Sakit Leukimia Ditinggal Ibu "